RUMAH PANJANG IBAN
Rumah Panjang merupakan tradisi kaum Iban terdiri daripada satu deret berpuluh-puluh rumah kelamin. Rumah ini mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri maupun dari segi keselamatan dan kebudayaan. Senibina rumah ini berpegang teguh dengan adat tradisi tempatan suku kaum masing-masing yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana masyarakat luar.Rumah ini menggunakan tiang jenis kayu keras dan tidak mudah reput seperti kayu belian yang mudah didapati di Kepulauan Borneo. Bumbunngnya dari daun rumbia kulit kayu, atau belahan kayu belian seperti Biru, Pantu, Mulong dan jenis daun tebal.Dinding rumah berkenaan diperbuat daripada kulit kayu seperti
Terentang atau buluh yang dikelar dan dibelah. Lantainya pula menggunakan buluh, papan atau kulit kayu. Tangga rumah diperbuat daripada sebatang kayu bulat yang ditakik dengan beliong dan dipanggil tangga takik.
Rumah Panjang mempunyai 3 ruang iaitu tanju (serambi atau beranda terbuka), ruai (ruang terbuka) dan bilik. Bahagian di atas bilik dan ruai dipanggil sadau (peran) sebagai tempat tidur anak dara disamping tempat menyimpan bijian dan perkakas.
Rumah panjang atau Rumah Betang adalah jantung kehidupan suku Dayak, segala aktivitas sosial, budaya, ekonomi, dan politik masyarakat Dayak berawal, tumbuh dan berkembang dari sini. Di rumah panjang sejarah lisan, tradisi dan filsafat hidup dengan berbagai kearifan lokalnya diturunkan kepada generasi berikutnya. Di beranda rumah panjang kaum perempuan belajar menganyam dan menenun. Di rumah panjang pula acara-acara ritual dilaksanakan, hukum adat yang demokratis digelar, segala persoalan dirundingkan dan keputusan bersama ditaati setiap orang.
RUMAH PANJANG IBAN MODEN
Kalau kita imbas masa dulu dimana rumah pamjang pembuatanya adalah mengunakan kayu belian,buluh,kulit kayu,rumbia dan sebagaunya. dan sekarang pembinaan rumah panjang ada perbezaannya bak kata orang lain tempat lain cara pembinaannya. Pengubahsuaian rumah panjang pada masa sekarang semakin moden. Ada modal yang banyak maka bertambah besar dan cantik sesuatu rumah tersebut. Ada kemungkinan juga terdapat beberapa bahagian yang tidak dimasukkan dalam susunan/konsep pembinaan rumah panjang yang sebenarnya. Ini adalah berkemungkinan disebabkan oleh kos pembinaan yang tinggi.
Ia biasanya dibina di tebingan sungai dan berdekatan dengan jalanraya Kita tinjau dari bahagian hadapan hingga ke belakang rumah panjang berkenaan. Bahagian-bahagian tersebut adalah seperti berikut:
1. TANJU- Pada zaman dahulu rumah panjang dibuat secara bergantung (bertingkat) dari paras bumi dan dinaiki dengan menggunakan tangga apabila hendak memasuki rumah panjang tersebut. Tetapi berbeza dengan rumah panjang sekarang yang tidak lagi mempunyai “tanju” dan ia lebih menyerupai rumah teres tetapi susunan/konsep pembinaan sebenar didalam rumah panjang masih lagi dikekalkan. Justeru itu “tanju” biasanya digunakan sebagai tempat menjemur padi, kepingan getah yang telah ditoreh dan pakaian. Kesimpulannya “tanju” adalah tempat jemuran barangan keperluan harian.
2. RUAI - Ruang ini adalah tempat berkumpul semasa keramaian, tempat “baum” (bermesyuarat), berbual, tempat untuk menyambut tetamu dan lain-lain lagi.
3. PANTAR- Bahagian ini juga digunakan untuk keramaian dan kematian. Semasa keramaian tempat ini adalah tempat menghidang makanan sewaktu makan untuk para tetamu dan semasa kematian tempat ini adalah tempat untuk meletakan mayat selepas mayat berkenaan dimandikan di dalam biliknya. Kemudian dibawa keluar dan diletakan di bahagian ini. Ia juga digunakan untuk upacara “belian” iaitu memanggil “manang” (bomoh) datang untuk mengubat orang yang sakit, dan macam-macam lagi upacara lain yang dijalankan berkaitan dengan budaya dan adat resam.
4. TEMPUAN- Semasa keramaian atau semasa kematian, kita memasuki rumah panjang bukan melalui hadapan rumah panjang tetapi melalui hujung kiri dan kanan rumah panjang tersebut. jika ada keramaian untuk menyambut tetamu kita mesti masuk melalui hujung disebelah kanan rumah panjang ataupun dibahagian hujung yang menghala ke hulu sungai berdekatan (untuk perkara yang baik). Dan sekiranya ada kematian iaitu jika dia meninggal di luar rumah panjang (hospital ataupun tempat lain) kita akan membawa masuk mayat berkenaan ke dalam rumah panjang dengan melalui hujung sebelah kiri rumah panjang atau di bahagian hujung yang menghala ke hilir sungai berdekatan (untuk perkara yang buruk). Bagi kedua-dua perkara ini, kita mesti melalui kawasan “tempuan” begitu juga semasa pergi keluar rumah untuk mengembumikan jenazah ke kubur. Kesimpulannya kawasan ini boleh dikatakan sebagai kaki lima (tempat lalu lalang) didalam rumah panjang.
5. BILIK BESAI- Bahagian ini merupakan bahagian ruang tamu pada masa sekarang. Tempat ini juga merupakan tempat untuk membuat perkara yang biasa seperti majlis merisik, meminang atau pertunangan.
6. SADAU- Bahagian ini terletak dibahagian aras atas yang serupa dengan rumah dua tingkat pada zaman sekarang dan bahagian ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk dijadikan bilik tidur. Pada zaman dahulu tempat ini digunakan untuk meletak padi yang telah dituai, tempat tidur dan untuk menyimpan barang-barang keperluan harian dan juga sebagai tempat untuk membuat kain tenunan.
7. ANTARA RUMAH- Bahagian ini adalah merupakan ruang kawasan lapang (open space) yang tidak berbumbung supaya cahaya matahari dan pusingan udara dapat masuk ke dalam rumah untuk menerangi bilik dan mengelak dari kepanasan. Bahagian ini dibina diantara bilik tetamu dan bilik makan tadi. Ia juga adalah tempat untuk memotong daging/ayam ataupun lauk pauk semasa keramaian, kematian dan upacara yang lain-lain.
8. Rumah panjang moden juga mempunyai BILIK MAKAN, BILIK DAPUR DAN BILIK MANDI/TANDAS dan juga terdapat kemudahan seperti elektrik, air dan telefon yang telah disalurkan oleh pihak kerajaan
BUDAYA
Mereka masih mengamalkan adat resam yang diwarisi nenek moyang seperti mengadakan upacara ritual untuk sambutan Hari Gawai, meminum tuak, mempersembahkan tarian Ngajat dan mengamalkan perubatan tradisional. Demikian juga dengan peranan “tuai rumah” (ketua rumah panjang) sebagai pemimpin yang dihormati masih dikekalkan sehingga sekarang.
Manakala tradisi menyimpan “tajau” iaitu sejenis tembikar yang diwarisi secara turun-temurun dari satu generasi ke generasi yang lain juga masih diamalkan oleh penduduk Iban di Nanga Budu. Terdapat tujuh jenis tajau yang paling tinggi nilainya dalam masyarakat Iban iaitu “sergiu”, “ningka petanda”, “tajau menaga”, “rusa”, “salang-salang” dan “alas.” Kebanyakan tajau-tajau tersebut telah mencecah usia ratusan tahun dan dianggap sebagai harta yang sangat bernilai. Tajau digunakan untuk menyimpan air tuak dan sebagai upah kepada “manang” iaitu pengamal perubatan tradisional. Selain itu tajau juga diperlukan untuk menyempurnakan upacara-upacara tradisi masyarakat Iban seperti ketika berlakunya kematian dan sambutan Gawai Kenyalang
Golongan muda pula mempunyai lebih banyak pilihan selain memilih bidang pertanian. Kebanyakan mereka berhijrah dan menetap di kawasan bandar yang menjanjikan peluang pekerjaan lebih baik dan pendapatan lumayan. Belia-belia rumah panjang juga mempunyai pendidikan yang tinggi dan membolehkan mereka bekerja dalam jabatan kerajaan dan sektor swasta.
SEKIAN********
Tiada ulasan:
Catat Ulasan