Translate

Jumaat, 7 Jun 2013

PARANG ILANG


PARANG TRADISIONAL IBAN
Parang Ilang atau mandau dalam masyarakat peribumi di Sarawak, bukan sahaja senjata tradisional bahkan ia salah satu budaya yang masih kekal hingga ke hari ini.
Walaupun bentuk senjata lain yang lebih maju seperti senapang patah mula diperkenalkan sejak pemerintahan British di Kepulauan Borneo, namun parang ilang kekal sebagai senjata yang penting yang dibawa semasa peperangan pada masa itu.
Pada zaman dahulu, parang ilang sering dikaitkan dengan tradisi memenggal kepala atau ‘ngayau’ di kalangan kaum Dayak, khususnya semasa dalam peperangan.
Tradisi ini akhirnya melahirkan satu kepercayaan bahawa parang ilang yang sering digunakan untuk memenggal kepala adalah bertuah atau keramat.
Manakala si pemilik parang ilang tersebut dianggap mempunyai sakral atau sakti dan ini secara tidak langsung meningkatkan status sosialnya.
Namun kini, dengan hilangnya tradisi memenggal kepala sejak awal abad ke-20, parang ilang tidak lagi dianggap keramat atau mempunyai kuasa sakral. Ia tidak lebih dari senjata biasa yang digunakan untuk berburu,

menebang pohon, menebas dan melakukan kerja-kerja di kebun.
Sejarah menunjukkan bahawa masyarakat di Kepulauan Borneo dahulu menggunakan parang ilang asli, yang diperbuat daripada batu gunung yang dilebur oleh tukang pembuat parang yang mahir.
Besi yang biasa digunakan adalah berkualiti bertaraf
semurai
Dahulu, parang ilang dihias menggunakan perak atau tembaga, ukiran dan bulu burung enggang, menjadikan parang ilang pada masa itu begitu indah dan berharga untuk dimiliki. Kepentingan parang ilang dalam masyarakat peribumi Sarawak boleh dikatakan sama dengan pentingnya dengan keris, bagi masyarakat Melayu.



Seperti keris, bentuk parang ilang terdiri daripada hulu, sarung dan bilah parang. Hulu parang biasanya diperbuat menggunakan kayu pilihan yang diberi hiasan dan ukiran.
Pada zaman dulu, terdapat hulu parang dihiasi menggunakan rambut manusia yang diambil dari kepala orang yang sudah dipenggal, dipercayai dapat memberi kekuatan luar biasa parang ilang tersebut. Roh si mati kononnya akan menyatu dengan parang ilang menjadikannya sakti.

Manakala sarungnya diperbuat dari kayu yang juga dihias dengan beragam hiasan, di antaranya manik-manik dan bulu burung. Pada sarung ini diselitkan anak parang ilang berupa pisau pengerat kecil yang bertangkai panjang.
Setiap bilah parang ilang mempunyai panjang yang berbeza, lazimnya 70 hingga 80 sentimeter. Bahagian hujungnya runcing dengan lebar sekitar 6 hingga 7 sentimeter manakala bahagian pangkal iaitu 3 hingga 4 sentimeter.




Sarung
Sisi tajamnya terletak di bahagian depan, sementara sisi tumpulnya di bahagian belakang. Pada bahagian belakang ini terdapat bentuk ukiran yang diperindah pula dengan logam lain selain besi, misalnya tembaga atau kuning keemasan.Ukiran ini dipercayai dapat melindungi si pemiliknya daripada diganggu roh-roh jahat.
Amnya, bentuk parang ilang dalam suku kaum Iban, Kayan, Kenyah, Penan adalah sama. Apa yang membezakan ialah panjang, bentuk bilah sama ada bilahnya melengkung, lurus atau condong ke belakang. Ciri-ciri inilah yang membezakan jenis parang ilang sama ada ia dibuat oleh kaum Iban atau Kayan.
Parang ilang kaum Iban atau Nyabor misalnya, berbentuk seperti pedang atau samurai manakala prang yang dihasilkan kaum Kayan bilahnya panjang seperti pengait.Hari ini, parang ilang dihasilkan dalam pelbagai variasi yang unik dan menarik. Setiap parang ilang mempunyai bentuk yang tersendiri dan tidak sama dengan parang ilang yang
lain.



Di samping itu, jenis dan bentuk hiasan yang ada turut membezakan ciri-ciri parang ilang itu sama ada ia dihasilkan  oleh orang Ulu ataupun Dayak.
Selain itu, semakin banyak bekas yang dihias pada hulu parang ilang menunjukkan bahawa banyak manusia yang mati kerana dipenggal menggunakan senjata tersebut. Hari ini, walaupun tradisi memenggal kepala tidak lagi wujud, namun parang ilang tetap masih menjadi simbol budaya yang penting bagi kaum peribumi di bumi Kenyalang.
Kini parang ilang sering dijadikan cenderamata atau buah tangan yang cukup unik dan menarik untuk disimpan sebagai kenangan. Kebolehan membuat senjata ini hanya dimiliki oleh generasi tua yang kebanyakkan menetap jauh di pedalaman Sarawak khususnya kawasan Hulu Baram.
Namun, bilangan mereka yang mempunyai kemahiran membuat parang ilang ini semakin berkurangan.






2 ulasan:

  1. Tanpa Nama7:35:00 PTG

    Lucky Club Casino Site - Live and Online Blackjack
    Lucky Club luckyclub.live is a licensed blackjack game. The software is certified by a team of professionals in the industry. To create a betting site, you have to register

    BalasPadam
  2. Casinos that accept US Players 2021 - Dr. MCD
    Yes, many 김제 출장샵 online 제천 출장샵 casino operators are now taking the US gambling market by storm. It seems the 충주 출장안마 US is 강릉 출장안마 moving toward legal gambling as of 세종특별자치 출장마사지 November 2021.

    BalasPadam