Translate

Isnin, 10 Jun 2013

PERAYAAN

Perayaan Hari Gawai Dayak



Perayaan Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat sarawak tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta menuai gawai dayak yang disambut oleh masyarakat Iban, Bidayuh, dan Orang Ulu di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun
Pesta Gawai di sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964
Jenis-jenis Hari Gawai yang lain termasuk Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, Gawai Mangkung Tiang, Gawai Manang dan Gawai Antu.



Gawai Kenyalang
 Gawai Kenyalang, Gawai ini tergolong gawai khusus karana tidak dilaksanakan setiap tahun.
    
Gawai Kenyalang adalah salah satu upacara adat terbesar pada suku bangsa Dayak Iban yang penuh dengan ritual. Gawai Kenyalang hanya diadakan oleh sesorang kerana suruhan atau permintaan roh yang ada di alam gaib kerana adanya suatu ilham, atau tanda-tanda dan atau pesan antara lain melalui mimpi, yang  sangat tegas dikatakan bahawa yang bersangkutan harus gawai Kenyalang  jika ingin, selamat, ingin sukses, ingin sihat, ingin panjang umur.
Sehubung itu  tidak jarang orang yang diamanahkan untuk gawai Kenyalang harus nekad, malaksanakan gawai atau tidak gawai. Namun sebaliknya tidak sedikit pula adalah keluarga yang nekad, secara gotong royong mendorong orang yang dapat amanah tersebut harus melaksanakan gawai Kenyalang sebagai suatu kewajiban.
Gawai kenyalang bukanlah datang dari dunia nyata tetepi sebaliknya gawai Kenyalang adalah berasal dari dunia gaib dari seorang dewa yang dikenal dengan nama Sengalang Burung di dunia Kayangan. Sementara di dunia nyata Sengalang Burung  dikenal sebagai seekor burung jenis burung enggang yang paling besar, yang hidup dan menjadi raja dari segala burung.
Pelaksanaan Gawai Kenyalang mengunakan kos yang besar dan waktu yang lama. Gawai Kenyalang dimulai dengan pembuatan patung Kenyalang (patung burung enggang). Pembuatan patung ini harus dilakukan oleh orang yang khusus. Kerana membuat patung Kenyalang bukan semata-mata mengukir patung. Ia juga harus mengucapkan mentera-mentera khusus disaat membuat patung.
Menurut Buku Makna Upacara Adat Dalam Religi Orang Dayak, pembuatan patung burung Kenyalang memakan waktu yang sangat lama. Biasanya pengerjaannya mulai pada awal tahun  (bulan Jul) dan selesai kira-kira pada bulan April tahun berikutnya.
Selain itu juga didirikan sandong, yang fungsinya sebagai tiang penyangga/pilar patung Kenyalang untuk upacara. Tiang sandong ini ditempatkan di ujung pelataran rumah betang milik orang yang menjadi penyelenggara/koordinator upacara Kenyalang.
Selanjutnya, bila selesai dibuatkan patung Kenyalang diletakkan diatas tiang sandong. Letaknya juga khusus. Harus menghadap ke Barat atau matahari terbenam. Maksudnya agar ini patung Kenyalang berperanan sebagai pengusir dan pembuang dosa atau sial umat manusia di alam bawah. Diatasnya diletakan pancar (peralatan upacara) dilangsungkan upacara doa-doa dan disertai pemberian pedarak (sesajian) kepada Kenyalang.
Gawai Kenyalang dimulai dengan membawa patung Kenyalang masuk ke tiap-tiap bilik/pintu keluarga dalam rumah panjang (betang) secara bergiliran selama beberapa hari. Bilik/pintu keluarga yang dikunjungi patung Kenyalang ini memberikan/memasukkan wang logam atau wang kertas yang masih berlaku saat itu sebagai colection dan disertai penyerahan ayam, beras dan lain-lain untuk keperluan gawai.
Pesta gawai Kenyalang ini biasanya dilakukan selama dua hari dua malam. Pembuat hajat dibantu warga kampung dan sanak saudara dengan memotong babi puluhan ekor, ayam ratusan ekor untuk lauk pauk warga yang ikut pesta. Undangan yang datang juga tidak dibatasi. Setiap tamu dari kampung lain boleh datang menikmati pesta gawai Kenyalang.
Pesta gawai Kenyalang dilanjutkan dengan upacara gawai Kenyalang selama tujuh hari tujuh malam. Kemudian pada hari ketujuhnya, patung Kenyalang ditempatkan atau dibawa masuk ke dalam rumah betang untuk disimpan.
Sebagai penyemarak, selama pesta juga diselenggarakan adu ayam jaguh (sabung ayam) antara keluarga penyelenggara gawai Kenyalang beserta warga kampung. Bezanya selama sabung ayam, peserta tidak diperkenankan mengadakan taruhan wang atau barang apapun bentuknya. Hadirin hanya dibenarkan menyaksikan ayam yang paling jaguh
Menurut Kanyan, judi sangat tidak dibolehkan dalam gawai Kenyalang. "Yang hadir dalam gawai Kenyalang selain manusia juga hantu. Jadi dengan judi adalah simbol agar hantu tidak berkelahi dengan manusia. Jadi tidak ada hubungannya dengan judi," tegas Kanyan.
Bila telah selesai melakukan gawai Kenyalang, bukan berarti orang yang mendapat mimpi selesai kewajibannya. Masalahnya, jika pada tahun mendatang ia mendapatkan rezeki kerana telah melaksanakan gawai Kenyalang maka dengan sendirinya ia harus membuat upacara pengucapan syukur lagi. Sebab kalau tidak diadakan syukuran lagi maka keluarga bersangkutan akan menanggung resiko tersendiri dari penguasa alam.




 Gawai Burung
Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik),  merupakan salah satu perayaaan yang disambut oleh masyarakat Sarawak, terutama masyarakat Iban dan Bidayuh.
Gawai Burung adalah untuk menyembah Sengalang Burung iaitu Burung Helang dan para menantunya yang menjadi 7 ekor burung (pantang atau berbisa). Mereka ini tinggal serumah di Tansang Kenyalang.
Gawai Burong disambut secara besar-besaran dalam sembilan peringkat yang dipecahkan seperti berikut:
1.    ) Gawai Kalingkang
2.    ) Gawai Sandong
3.    ) Gawai Sawi
4.    ) Gawai Salangking
5.    ) Gawai Mulong Merangau or Lemba Bumbun
6.    ) Gawai Gajah Meram
7.    ) Gawai Meligai
8.    ) Gawai Ranyai or Mudur Ruruh
9.    ) Gawai Gerasi Papa
Bagi setiap peringkat gawai burung, tiang yang dikenali sebagai “tiang chandi” dibina, dengan patung burung Kenyalang diletakkan di puncaknya semasa kenduri.
Bahan yang digunakan bagi membina Tiang Chandi adalah seperti berikut:
Bagi Gawai Kalingkang, tiang suci dibina dengan buluh payan, setinggi sembilan kaki tinggi, dengan balang diletakkan pada pertengahan tiang, sebagai bungkong/simpulannya;
Bagi Gawai Sandong, tiang suci dibina dengan pokok Selangking;
Bagi Gawai Selangking atau Lamba Bumbun, tiang suci dibina dengan teras (kah) pokok selangking;
Bagi Gawai Mulong Merangau, tiang suci dibina dengan dahan pokok Durian dan dibengkokkan seperti pokok Sagu tua yang buahnya telah gugur ke bumi;
Bagi Gawai Gajah Meram, tiang suci dibina dengan dahan kukuh dengan dahannya dihiasi dengan tengkorak dan daun kelapa isang;
Bagi Gawai Ranyai atau Mudur Ruruh, tiang suci dibina dengan seberkas lembing pahlawan yang telah digunakan bagi bertempur dengan musuh semasa bertempur;
Dan bagi Gawai Gerasi Papa, tiang suci dibina dengan bentuk mambang pemburu atau antu gerasi papa melengkung di puncaknya.
Sama juga mentera yang dibaca oleh lemambang berbeza pada setiap tahap, tetapi upacara ini secara keseluruhan, mengekalkan asas lakaran kecuali setiap satunya diakhiri dengan ayat berlainan.

Gawai Batu
Gawai Batu merupakan salah satu perayaaan yang disambut oleh masyarakat Sarawak, terutama masyarakat Iban dan Bidayuh. Ia disambut sebagai perayaan untuk menanda sebagai permulaan musim menanam padi.
Sebelum musim menanam padi proses menebas,menebang perlu laksanakan dan seterusnya proses membakar yang memakan masa kira-kira 3-4 bulan baru boleh di bakar , bergantung pada keadaan cuaca.

Gawai Antu
Gawai Antu dikenali juga sebagai Gawai Hantu ia merupakan salah satu perayaaan yang disambut oleh masyarakat Sarawak, terutama masyarakat Iban dan Bidayuh. Ia disambut sebagai perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia.
Gawai Hantu merupakan perayaan menraikan mereka yang telah meninggal. Upacaranya termasuk upacara beburong bagi merasmikan , sebelum diikuti dengan pengorbanan ayam atau babi. Ia juga dimeriahkan lagi dengan permainan sabong ayam, persembahan piring dan membaca mentera pengap. Sambutan perayaan ini menjadi amalan tradisi, juga diujudkan oleh suku kaum berdasarkan pegangan hidup yang diwarisi sejak zaman nenek moyang

Gawai Bersimpan
. Bersimpan merupakan salah satu perayaaan yang disambut oleh masyarakat Sarawak, terutama masyarakat Iban dan Bidayuh. Ia disambut sebagai kesyukuran setelah selesai menuai.

Gawai Mangkung Tiang

GAWAI Mangkung Tiang  juga  merupakan salah satu perayaaan yang disambut oleh masyarakat Sarawak,
terutama masyarakat Iban .gawai mangkung tiang merupakan satu perayaan yang disambut menandakan telah siap rumah/rumah panjang yang dibuat dan boleh didiami.perayaan ini wajib di buat oleh kaum iban khasnya apabila telah menyiapkan sesuatu rumah sebelum didiami dibuat bagi mendapatkan kesejahteraan,murah rezeki dan tiada pantang larang.mengikut peredaran kemodenan ramai anak-anak muda bekerja dan berhijrah kebandar namun, Gawai mangkung tiang masih diamalkan dan dibuat sehingga kini oleh masyarakat iban.orang yang mengetuai gawai mangkung tiang hendaklah orang yang berpegetahuan dan berpengalaman tentang perayaan gawai mangkung tiang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan