
Perayaan Gawai secara umumnya
merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat sarawak tetapi pada kebiasaannya
merujuk kepada pesta menuai gawai dayak yang disambut oleh
masyarakat Iban, Bidayuh, dan Orang Ulu di Sarawak untuk meraikan tamatnya
musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai
pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap
tahun


Jenis-jenis Hari Gawai yang lain termasuk Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, Gawai Mangkung
Tiang, Gawai Manang dan Gawai Antu.
Gawai Kenyalang
Gawai Kenyalang, Gawai ini tergolong gawai khusus karana tidak dilaksanakan setiap tahun.
Gawai Kenyalang adalah salah satu upacara adat
terbesar pada suku bangsa Dayak Iban yang penuh dengan ritual. Gawai Kenyalang
hanya diadakan oleh sesorang kerana suruhan atau permintaan roh yang ada di
alam gaib kerana adanya suatu ilham, atau tanda-tanda dan atau pesan antara lain
melalui mimpi, yang sangat tegas dikatakan bahawa yang
bersangkutan harus gawai Kenyalang jika
ingin, selamat, ingin sukses, ingin sihat, ingin panjang umur.
Sehubung itu tidak jarang orang yang diamanahkan untuk gawai
Kenyalang harus nekad, malaksanakan gawai atau tidak gawai. Namun sebaliknya
tidak sedikit pula adalah keluarga yang nekad, secara gotong royong mendorong
orang yang dapat amanah tersebut harus melaksanakan gawai Kenyalang sebagai
suatu kewajiban.

Pelaksanaan
Gawai Kenyalang mengunakan kos yang besar dan waktu yang lama. Gawai Kenyalang
dimulai dengan pembuatan patung Kenyalang (patung burung enggang). Pembuatan
patung ini harus dilakukan oleh orang yang khusus. Kerana membuat patung
Kenyalang bukan semata-mata mengukir patung. Ia juga harus mengucapkan mentera-mentera
khusus disaat membuat patung.
Menurut
Buku Makna Upacara Adat Dalam Religi Orang Dayak, pembuatan patung burung
Kenyalang memakan waktu yang sangat lama. Biasanya pengerjaannya mulai pada
awal tahun (bulan Jul) dan selesai
kira-kira pada bulan April tahun berikutnya.
Selain
itu juga didirikan sandong, yang fungsinya sebagai tiang penyangga/pilar patung
Kenyalang untuk upacara. Tiang sandong ini ditempatkan di ujung pelataran rumah
betang milik orang yang menjadi penyelenggara/koordinator upacara Kenyalang.

Gawai
Kenyalang dimulai dengan membawa patung Kenyalang masuk ke tiap-tiap
bilik/pintu keluarga dalam rumah panjang (betang) secara bergiliran selama
beberapa hari. Bilik/pintu keluarga yang dikunjungi patung Kenyalang ini
memberikan/memasukkan wang logam atau wang kertas yang masih berlaku saat itu
sebagai colection dan disertai penyerahan ayam, beras dan lain-lain untuk
keperluan gawai.
Pesta
gawai Kenyalang ini biasanya dilakukan selama dua hari dua malam. Pembuat hajat
dibantu warga kampung dan sanak saudara dengan memotong babi puluhan ekor, ayam
ratusan ekor untuk lauk pauk warga yang ikut pesta. Undangan yang datang juga
tidak dibatasi. Setiap tamu dari kampung lain boleh datang menikmati pesta
gawai Kenyalang.
Pesta
gawai Kenyalang dilanjutkan dengan upacara gawai Kenyalang selama tujuh hari
tujuh malam. Kemudian pada hari ketujuhnya, patung Kenyalang ditempatkan atau
dibawa masuk ke dalam rumah betang untuk disimpan.
Sebagai
penyemarak, selama pesta juga diselenggarakan adu ayam jaguh (sabung ayam)
antara keluarga penyelenggara gawai Kenyalang beserta warga kampung. Bezanya
selama sabung ayam, peserta tidak diperkenankan mengadakan taruhan wang atau
barang apapun bentuknya. Hadirin hanya dibenarkan menyaksikan ayam yang paling
jaguh

Bila
telah selesai melakukan gawai Kenyalang, bukan berarti orang yang mendapat
mimpi selesai kewajibannya. Masalahnya, jika pada tahun mendatang ia mendapatkan
rezeki kerana telah melaksanakan gawai Kenyalang maka dengan sendirinya ia
harus membuat upacara pengucapan syukur lagi. Sebab kalau tidak diadakan
syukuran lagi maka keluarga bersangkutan akan menanggung resiko tersendiri dari
penguasa alam.
Gawai Burung
Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak
baik), merupakan salah satu
perayaaan yang disambut oleh masyarakat Sarawak, terutama masyarakat Iban dan Bidayuh.
Gawai Burung adalah untuk menyembah Sengalang Burung iaitu Burung
Helang dan para menantunya yang menjadi 7 ekor burung (pantang atau berbisa).
Mereka ini tinggal serumah di Tansang Kenyalang.
Gawai Burong disambut secara besar-besaran dalam sembilan peringkat
yang dipecahkan seperti berikut:
1.
) Gawai Kalingkang
2.
) Gawai Sandong
3.
) Gawai Sawi
4.
) Gawai Salangking
5.
) Gawai Mulong Merangau
or Lemba Bumbun
6.
) Gawai Gajah Meram
7.
) Gawai Meligai
8.
) Gawai Ranyai or Mudur
Ruruh
9.
) Gawai Gerasi Papa
Bagi setiap peringkat gawai burung, tiang yang dikenali sebagai
“tiang chandi” dibina, dengan patung burung Kenyalang diletakkan di puncaknya semasa kenduri.
Bagi Gawai Kalingkang, tiang suci dibina dengan buluh payan,
setinggi sembilan kaki tinggi, dengan balang diletakkan pada pertengahan tiang,
sebagai bungkong/simpulannya;
Bagi Gawai Sandong, tiang suci dibina dengan pokok Selangking;
Bagi Gawai Selangking atau Lamba Bumbun, tiang suci dibina dengan
teras (kah) pokok selangking;
Bagi Gawai Mulong Merangau, tiang suci dibina dengan dahan pokok Durian dan dibengkokkan seperti pokok Sagu tua yang buahnya telah gugur ke bumi;
Bagi Gawai Gajah Meram, tiang suci dibina dengan dahan kukuh
dengan dahannya dihiasi dengan tengkorak dan daun kelapa isang;

Dan bagi Gawai Gerasi Papa, tiang suci dibina dengan bentuk
mambang pemburu atau antu gerasi papa melengkung di puncaknya.
Sama juga mentera yang dibaca oleh lemambang berbeza pada setiap
tahap, tetapi upacara ini secara keseluruhan, mengekalkan asas lakaran kecuali
setiap satunya diakhiri dengan ayat berlainan.
Gawai Batu


Gawai Antu
Gawai Antu dikenali juga sebagai Gawai Hantu ia merupakan salah satu perayaaan
yang disambut oleh masyarakat Sarawak, terutama masyarakat Iban dan Bidayuh. Ia disambut sebagai
perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia.


Gawai Bersimpan


Gawai Mangkung Tiang
GAWAI Mangkung Tiang juga merupakan salah satu perayaaan yang disambut
oleh masyarakat Sarawak,
